Dalam psikiatri dan psikologi Semai ragu

Barton dan Whitehead (1969) menceritakan tiga laporan kes semai ragu yang semuanya ingin seseorang dipaksa masuk ke rumah sakit jiwa, atas motif menyingkirkan saudara-mara atau keuntungan: seorang isteri cuba memburukkan suaminya mengatakan suaminya ganas supaya dia boleh lari dengan kekasihnya; seorang lagi isteri mendakwa suaminya yang memiliki sebuah bar adalah seorang kaki botol supaya dapat meninggalkan dia dan rampas bar itu; dan seorang pengurus rumah persaraan memberikan ubat pencahar kepada seorang penghuni sebelum merujuknya ke hospital sakit jiwa kerana demensia ringan dan tidak dapat kawal kencing.[19][20] Pada tahun 1977, ketika kesusasteraan tentang semai ragu masih sedikit, Lund dan Gardiner menerbitkan laporan kes mengenai seorang wanita tua yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa tanpa rela berkali-kali. Dia dikatakan mengalami psikosis oleh kakitangan rumah persaraannya tetapi simptomnya selalu hilang segera selepas dimasukkan tanpa sebarang rawatan. Selepas disiasat, rupanya "paranoia" dia adalah akibat semai ragu kakitangan, yang tahu wanita itu menghidap psikosis paranoia 15 tahun dahulu.[20] Kertas penyelidikan "Gaslighting: A Marital Syndrome" [Semai Ragu: Satu Sindrom Perkahwinan] (1988), menelitikan pemerhatian klinikal bagaimana isteri-isteri terjejas akibat reaksi mereka disalah label oleh suami dan pakar terapi lelaki.[21] Pakar lain telah menyatakan prinsip-prinsip dan teknik ahli terapi boleh membantu tetapi juga boleh memudaratkan klien (atau orang lain dalam hidup klien secara tidak langsung).[22][23][24]

Dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996, berjudul Gaslighting, the Double Whammy, Interrogation and Other Methods of Covert Control in Psychotherapy and Analysis [Semai Ragu, Tamparan Berganda, Soal Siasat dan Kaedah-kaedah Menguasai Orang Secara Tidak Ketara Lain dalam Psikoterapi dan Analisis], Theo L. Dorpat menyarankan pakar perubatan bersikap tidak mengarah dan egalitarian,[23]:225 dan layan pesakit sebagai rakan seusaha yang turut menyumbang kepada pemulihannya.[23]:246 Beliau menulis, "Ahli terapi akan menambahkan derita mangsa dengan menyalah label reaksi [mangsa].... Tingkah laku semai ragu oleh pasangan [pesakit] adalah jalan yang pasti ke arah 'patahnya jiwa' sesetengah [mangsa, malah] bunuh diri dalam situasi-situasi yang paling teruk."[23] Dorpat juga mengamarankan pengamal perubatan supaya berhati-hati apabila menggunakan teknik soal siasat dan menguasai pesakit secara tidak ketara dalam psikoterapi dan analisis. Kaedah-kaedah ini tanpa sengaja boleh memudaratkan pesakit dengan menekan mereka daripada memberikan pesakit bantuan dan menjaga kehormatan mereka.[23]:31–46

Kesedaran global yang meningkat mengenai bahaya semai ragu tidak disambut dengan penuh bersemangat oleh semua ahli psikologi. Ada yang telah memberi amaran bahawa menggunakan istilah ini dengan sewenang-wenangnya boleh melemahkan maknanya dan meremehkan kesan kesihatan yang serius akibat penderaan itu.[12]

Motivasi

Semai ragu ialah cara untuk mengawal situasi, menghentikan konflik, meredakan keresahan dan rasa berkuasa. Walau bagaimanapun, seringkali ia hanya akan memindahkan kesalahan ke bahu orang lain dan mematahkan semangat mangsa.[17] Sesetengah orang mungkin akan menyemai ragu dalam pasangan mereka dengan menafikan kejadian-kejadian, seperti keganasan dan dera.[25]

Kelakuan yang dipelajari

Semai ragu merupakan perangai yang dipelajari. Seorang penyemai ragu belajarnya daripada memerhati. Mereka menyaksikannya, mengalaminya sendiri, atau terjumpanya, dan mendapati ia berkesan dalam mengawal emosi sendiri dan mempengaruhi emosi orang lain.[17] Kajian telah menunjukkan bahawa semai ragu lebih lazim dalam pasangan yang salah satu atau kedua-dua pasangan mempunyai sikap personaliti yang tidak sihat,[26] seperti sikap yang berkaitan dengan penyakit mental jangka pendek (seperti kemurungan), penyakit yang disebabkan oleh bahan (cth, alkoholisme), gangguan mood (cth., gangguan bipolar), kecelaruan resah (cth, PTSD), kecelaruan personaliti (cth, BPD, NPD, dsb.), gangguan perkembangan saraf (cth, ADHD), atau gabungan daripada yang disebut (iaitu, lebih daripada satu berlaku serentak) dan mereka cenderung serta mahir meyakinkan orang lain ragu-ragu akan persepsi sendiri.[27]

Pemulihan

Tidak mudah untuk melepaskan diri daripada situasi semai ragu:

  • Penyemai ragu perlu memahami emosi dan mengawalnya dengan lebih baik,[17] atau;
  • Mangsa semai ragu mesti belajar bahawa mereka tidak perlu bergantung pada orang lain untuk mengesahkan apa yang nyata. Mereka mesti percaya pada diri sendiri dan yakin dalam menentukan realiti sendiri.[28][17]

Rujukan

WikiPedia: Semai ragu https://x.com/tashny/status/1319169926574166018?s=... https://web.archive.org/web/20240130162607/https:/... https://dictionary.apa.org/gaslight https://www.merriam-webster.com/dictionary/gasligh... https://www.scientificamerican.com/article/how-gas... https://www.oed.com/viewdictionaryentry/Entry/2555... https://www.nytimes.com/2019/08/21/arts/gaslight-m... https://www.vox.com/culture/2017/1/21/14315372/wha... https://www.vox.com/first-person/2018/12/19/181408... http://www.chronicle.com/blogs/linguafranca/2017/0...